Sunday, July 26, 2009

Perlukah pandai memasak untk kahwin?

Ok...here is the topic..

Girls..do you how to cook?

How do you rate your cooking?

Yes..sometimes it is hard to answer how smart u r with the kitchen...

Perlukah pandai memasak untk kahwin? Most of the time kdg2 kita terdengar saudara mara bercerita bahawa di awal perkahwinan mereka tidak tahu memasak..tetapi stlh berkahwin selama 10-20 tahun memasak bukanlah satu masalah yang besar..

Ya... apakah rahsianya dr 0 kepada tukang-masak keluarga?...saya kira semangat, keinginan mencuba, tidak kenal putus asa dgn segala masakan-tidak-menjadi.Dan seterusnya segala jenis percubaan hinggalah berjaya menghidangkan seisi keluarga hidangan istimewa

Pada pandangan saya "practice makes perfect..." ye kita harus rajin ke dapur mencuba...mgkn percubaan pertama kurang berjaya..tidak mengapa...teruskan usaha hingga anda menemui resepi yg perfect bg tekak anda dan keluarga

Saya kira ilmu memasak ini luas, sprti ilmu2 lain juga....ada yg handal lauk-pauk, tetapi kurang mahir membuat kek, kuih muih.Hey, barangkali kamu berbakat di situ, tetapi tidak bg kuih muih, bukan salah kamu...kerana sy percaya di zaman universiti sendiri anda mengambil satu pengkhususan sahaja betul-kan? maka saya kira jika tidak multi-talented tukang masak pun tidak mengapa...

Berbalik pula persediaan sblm kahwin.Saya kira tidak salah bg yg sibuk2 hendak berkahwin meluangkan sedikit masa untk mengasah sedikit bakat memasak anda.Sekarang sudah dikira mudah untk memasak...anda tidak perlu menghabiskan masa berjam2 hanya untk menyediakn bahan2 untuk memasak..dengan segala teknologi spt blender maka tidaklah perlu anda menggiling lada...malah anda tidak perlu susah-payah memotong ayam kerana di pasar2, pasar malam dsb, perkhidmatan memotong ayam disediakan tanpa charge..Nah bagaimana lagi? bukanlah semakin mudah hidup anda

Saya kira perkara2 asas ilmu memasak yg mungkin anda perlu ialah semangat..ye kenapa semangat? kerana ada yg melihat ikan tetapi lemah semangat hendak menyiangnya..kerana takut barangkali? Hello ikan itu sudahpun tiada nyawa...saiznya pun mgkn hanya kecil saja....

Perkara asas seperti memotong bawang, sayur, ikan dan menggoreng, menumis...dan juga mengenali serba sedikit bahan2 dapur..kunyit, halia, bunga lawang dsb.....selebihnya saya kira anda akan pelajari secara perlahan2. Lagipun perkahwinan adalah pembelajaran seumur hidup, jua begitulah bagi ilmu memasak

Memasak juga boleh menjimatkan. Lihat saja seketul ayam sudah RM2.50 sedangkan seekor ayam dlm RM15 anda boleh makan sepuas2nya...bukan setakat goreng, rendang, gulai, dsb. Oh ya saya kira anda masih perlu tahu memasak walaupun anda mempunyai bibik, kerana sy kira tidak semua bibik pandai memasak (kerana kbnykakn mereka berasal dr keluarga yg susah malah lauk ayam itu sudah dikira amat mewah)..Maka anda masih lagi perlu mengajar bibik anda...~ mgkn ada kala lebih mudah anda masak, drpd mengajar bukan .Dan juga anda perlu memasak kerana sanggupkah anda dan suami juga anak2 makan di luar sahaja? Sekali sekala mgkn tidak mengapa tetapi jika hari2 bagaimana? Dapatkah anda mematikan kebersihannya? bagaimana pula bahan2nya? (MSG? halal haram bahan2)

Notakaki : buat yg masih ada emak/ibu atau apa jua panggilan...anda amat beruntung kerana anda masih tidak terlambat belajar dan juga mewarisi resepi istimewa keluarga. Sehingga kini saya masih terkilan kerana tidak sempat belajar lebih banyak ilmu memasak drpd arwah emak..lebih2 lagi kuih bangkit santan.Cuma barangkali saya masih berpeluang belajar dr emak mertua resepi kegemaran suami...

No comments:

Post a Comment